Cara Menggunakan Google Web Fonts Di Blogger

January 17, 2013 | comments

Menggunakan Google Template Designer di Blogger, anda boleh menukar font blog dengan mana-mana gaya font yang diberi.

Walaubagaimanapun, jika mahu lebih banyak gaya font yang menepati citarasa, boleh lawati laman Google Web Fonts. Setakat ini terdapat lebih 600 gaya font yang boleh dipilih dan digunakan dengan percuma. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan cara yang betul menggunakan Google Web Fonts di blog anda hanya dengan beberapa langkah sahaja.

Cari Google Web Fonts Yang Anda Suka

Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke laman Google Web Fonts dan cari font yang anda suka dan klik butang "Quick Use".


Selepas anda klik butang Quick Use, anda akan dibawa ke page baru. Pertama, pilih saiz dan gaya yang anda mahu. Dinasihatkan pilih semua saiz font yang anda mahu.


Tambah CSS Link Di Blogger Template

dan scroll ke bawah dan sehingga anda jumpa kotak, 3. Add this code to your website:


Copy semua code dalam kotak no. 3 dan pergi ke Blogger Dashboard, pilih Template > Edit HTML. Kemudian cari <head> tag dan paste kan code tadi dibawahnya.

Sebagai contoh, ini adalah code yang diambil daripada Google Web Fonts

<link href="http://fonts.googleapis.com/css?family=Oswald:400,700,300" rel="stylesheet" type="text/css">

dan ini masih code yang sama. Apa anda perlu buat adalah tambah slash sebelum simbol forward penutup (hightlight dengan warna merah)

<link href="http://fonts.googleapis.com/css?family=Oswald:400,700,300" rel="stylesheet" type="text/css"/>

Tentukan Google Web Fonts pada CSS

Langkah terakhir adalah menentukan di mana anda mahu gunakan Google Web Fonts pada template anda.

Sebagai contoh, untuk menggunakan Google Web Fonts pada tajuk pos, tambahkan code CSS ini

.post h1 { font-family: 'Oswald', sans-serif; }

Anda boleh gantikan apa saja gaya font di Google Web Fonts dengan cara ini. Dan yang paling penting adalah jangan lupa save ya.

Jika ada masalah, jangan segan untuk tinggalkan komen di bawah kerana ia percuma.
Share this article :

Post a Comment

 
Mengenai | Hubungi | Pengiklanan
Copyright © 2013. Lambloghini. All Rights Reserved.
Proudly powered by Blogger.